Bantu Anak Anda Cemerlang Dalam Akademik Dengan Kaedah Pembelajaran Yang

Risau Result Akademik Anak Makin Teruk!

Ibu & Ayah Mesti Risau Tengok Result Akademik Anak [ Makin Teruk ]. Asyik Tak Boleh Score. Suruh Study Pun Ala Kadar Jerr. Final Exam Makin Dekat Dah. Takkan Nak Biar Anak Gagal Selamanya.

Sebenarnya mereka bukan tak pandai, cuma mungkin mereka tak dapat nak catch-up cara pembelajaran di sekolah. Jadi bila buat ulangkaji sendiri, masih juga belum faham sepenuhnya.

Setiap anak-anak kita dilahirkan unik!

Di Fast Track Academy, kami memahami bahawa setiap pelajar adalah unik dan mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kami menggunakan pendekatan yang sesuai untuk memastikan setiap pelajar dapat belajar dengan cara yang paling efektif bagi mereka.

Pelajar
Kinestetik

Pelajar kinestetik adalah mereka yang belajar dengan baik melalui pergerakan dan sentuhan. Mereka suka aktiviti fizikal dan sering kali memerlukan tindakan praktikal untuk memahami konsep dengan lebih baik.

Pelajar
Auditori

Pelajar auditori adalah mereka yang belajar dengan baik melalui mendengar. Mereka lebih cenderung memahami dan mengingati maklumat yang disampaikan secara lisan. Dengar je dah boleh faham.

Pelajar
Visual

Pelajar visual adalah mereka yang belajar dengan baik melalui melihat. Mereka lebih cenderung memahami maklumat melalui gambar, grafik, dan video.

Pelajar Pembaca/Penulis

Pelajar jenis ini belajar dengan baik melalui pembacaan dan penulisan. Mereka suka maklumat yang disampaikan dalam bentuk teks. Lebih cepat faham & jelas.

Pendekatan Pembelajaran Yang Efektif!

Di Fast Track Academy, kami memastikan semua gaya pembelajaran ini diambil kira dalam setiap sesi kelas. Dengan pendekatan yang pelbagai, para guru mampu untuk mengajar dan menyampaikan maklumat dengan berkesan untuk setiap kategori murid.

Pelajar Kinestetik

  • Aktiviti interaktif seperti Edu-game dan simulasi/eksperimen.
  • Brain Gym dan Energizer Breaks untuk menggalakkan pergerakan.
  • Penggunaan alat bantu mengajar seperti model dan peralatan praktikal.

Pelajar Auditori

  • Pengajaran secara langsung melalui Zoom yang interaktif.
  • Diskusi kelas dan sesi soal jawab yang aktif. Pelajar lagi cepat belajar!
  • Rakaman audio pelajaran untuk rujukan semula.

Pelajar Visual

  • Penggunaan visual aids seperti slide PowerPoint dan video.
  • Simulasi dan penggunaan Augmented Reality (AR) dalam pembelajaran.
  • Penggunaan peta minda dan grafik untuk menerangkan konsep.

Pelajar Pembaca/Penulis

  • Penyediaan bahan pembelajaran dalam bentuk teks yang boleh diakses melalui portal.
  • Tugasan penulisan dan esei untuk mengukuhkan pembelajaran.
  • Latihan menggunakan aplikasi seperti Wordwall untuk menggalakkan penulisan.

Jom Tengok Snapshot Kelas Online Kami!

Nampak lebih menarik dan lebih interaktif daripada cara pembelajaran biasa, betul tak?

Di Fast Track Academy, kami memastikan semua gaya pembelajaran samada pelajar kinestetik, auditori, visual dan pembaca/penulis diambil kira dalam setiap sesi kelas. Dengan pendekatan yang pelbagai ini, kami dapat:

  • Menyesuaikan pengajaran supaya setiap pelajar, tidak kira gaya pembelajaran mereka, dapat memahami dan mengingati apa yang dipelajari dari setiap sesi kelas.
  • Menggunakan teknologi seperti Zoom, portal pembelajaran, dan aplikasi interaktif untuk memenuhi keperluan pelajar kinestetik, auditori, visual, dan pembaca/penulis.
  • Memastikan setiap sesi kelas adalah dinamik dan berkesan, dengan aktiviti yang menyokong setiap gaya pembelajaran.

Hasilnya!

Ibu & Ayah Pelajar Kami Gembira Dengan Result Akademik Anak Mereka [ Semakin Bertambah Baik ]. Subjek yang Tak Boleh Score, Kini Dapat Dikuasai. Alhamdulillah, dah tak perlu risau lagi gagal dalam exam yang ditakutkan selama ini.

"Kalau subjek Sejarah sebelum ni selalu fail, Alhamdulillah result SPM dapat B+"

- Izz Nabil, Pelajar SPM FTA-

"Matematik saya tak pernah lulus. Paling tinggi pun 25%. Alhamdulillah result Matematik saya B+"

- Yaya, Pelajar SPM FTA-

"Saya lihat pendekatan dan strategi yang digunakan oleh guru-guru di Tuisyen Fast Track amat membantu para pelajar."

- Ibu Firzanah Azureen, Pelajar SPM FTA-

"Saya nampak mak saya menangis lepas saya dapat result (SPM) tu"

- Azwa Safrina, Pelajar SPM FTA-

Klik Untuk Besarkan Imej/Gambar

Jadi, ibu & ayah semua setuju tak?

Kalau kita didik dan latih anak-anak kita dengan cara pembelajaran betul, Insya-Allah tak mustahil mereka akan seronok belajar, cepat faham dan dapat score dalam siri perperiksaan yang akan mereka hadapi nanti samada peringkat sekolah ataupun peringkat kebangsaan.

Mengapa Pilih Fast Track Academy?

Di Fast Track Academy, kami melatih pelajar bermula dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5 dengan menggunakan sepenuhnya silibus sekolah terkini (KSSR & KSSM)

Kami ingin memastikan setiap pelajar mendapat bimbingan yang terbaik dan sesuai dengan tahap pembelajaran mereka dan sentiasa selari dengan apa yang mereka pelajari di sekolah.

Guru Yang Berpengalaman

Guru-guru kami adalah yang terbaik dalam bidang mereka, terlatih dan berpengalaman sejak 2020 dalam menjalankan kelas online. Mereka bukan sahaja pakar dalam subjek yang diajar, tetapi juga mahir dalam menggunakan teknologi untuk menyampaikan pembelajaran secara efektif dan menarik.

Sistem Portal Yang Canggih

Semua bahan pembelajaran disediakan dan boleh diakses dengan mudah melalui sistem portal kami. Ini memudahkan pelajar untuk merujuk kembali bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sistem portal kami juga membolehkan ibu bapa memantau perkembangan pembelajaran anak mereka dengan mudah.

Tempoh Masa Kelas Berkesan

Setiap subjek diajar selama 1 jam seminggu atau 1 jam 30 minit seminggu, bergantung kepada keperluan pelajar. Tempoh masa ini direka khas untuk memastikan pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya tanpa merasa terlalu terbeban.

Penggunaan Dwibahasa

Kelas kami dijalankan dalam dwibahasa. Ianya bertujuan untuk membantu para pelajar menguasai kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Kelebihan Belajar Di Fast Track Academy

Kelas tuisyen kami bukan sahaja membantu para pelajar meningkatkan prestasi akademik tetapi juga menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan dan interaktif. Dengan pendekatan yang moden dan inovatif, Fast Track Academy adalah pilihan terbaik untuk memastikan anak-anak ibu & ayah semua mencapai kecemerlangan akademik yang diinginkan.

Kelas Yang Interaktif
dan Menarik

Setiap kelas kami direka untuk menjadi interaktif dan menarik. Melalui penggunaan Edu-game, Quizziz, Wordwall, Simulasi & AR, kami memastikan setiap pelajar terlibat dan fokus untuk belajar. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja membantu pelajar memahami konsep dengan lebih baik tetapi juga membuatkan mereka rasa seronok untuk belajar walaupun subjek tersebut susah.

Pembelajaran
Menggunakan Portal

Kami menggunakan sistem portal yang canggih dan berkesan sebagai platform pembelajaran. Ini membolehkan pelajar mengakses bahan pembelajaran dengan mudah pada bila-bila masa sahaja, mengikuti kelas secara langsung melalui Zoom, dan berinteraksi dengan guru serta rakan sekelas dalam suasana yang kondusif dan mesra.

Kelas Secara Live Menggunakan Zoom

Setiap kelas diadakan secara langsung menggunakan Zoom, yang pasti memberikan pengalaman pembelajaran yang hampir sama seperti di dalam bilik darjah fizikal. Pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan rakan sekelas secara langsung, bertanya soalan, dan mendapat maklum balas serta penjelasan secara real-time tanpa perlu menunggu lama.

Penggunaan
Quzizz & Wordwall

Untuk memastikan setiap pelajar benar-benar memahami apa yang dipelajari, kami menggunakan aplikasi seperti Quzizz dan Wordwall dalam setiap kelas. Melalui aktiviti dan latihan menggunakan aplikasi ini, kami dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dan memberi maklum balas yang tepat dan berkesan. Jadi, setiap murid akan kuasai topik untuk setiap subjek dengan baik.

Energizer/Brain Gym
& Brain Break

Kami memahami bahawa tumpuan pelajar boleh terjejas jika mereka terlalu lama duduk di depan skrin. Oleh itu, setiap kelas kami dilengkapi dengan Energizer/Brain Gym & Brain Break. Aktiviti-aktiviti ini direka khas untuk membantu pelajar kekal fokus, cergas dan bersedia untuk belajar semula selepas berehat seketika.

Jadual Kelas
Tetap Setiap MInggu

Kami di Fast Track Academy sangat memahami kepentingan konsistensi dalam pembelajaran. Oleh itu, jadual kelas kami adalah tetap (fix) pada setiap minggu. Cara ini dapat membantu pelajar dan ibu bapa merancang masa dengan lebih baik dan memastikan rutin pembelajaran yang stabil dan berkesan.

Jadi, jom kami Terangkan Terlebih Dahulu Pakej Yang kami sediakan di fast track academy untuk anak-anak anda!

Pakej yang kami sediakan merangkumi semua tahap pelajar sekolah samada sekolah rendah atau menengah.

Pakej Sekolah Rendah

Darjah 1 hingga Darjah 6

Pakej Sekolah Menengah

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Baik Semuanya Sudah Kami Jelaskan Dengan Terperinci, Setuju?

Sekarang Ibu Ayah [ada 3 pilihan] yang mungkin akan menentukan masa depan anak-anak anda selepas ini. Mungkin mereka akan jadi lebih baik ataupun tiada sebarang perubahan. Tiada siapapun yang tahu betul tak?

Abaikan Jerr

Ibu Ayah boleh memilih untuk abaikan sahaja semua ini. Biarkan anak anda terus berada dalam sistem pendidikan yang biasa, tanpa mendapatkan bantuan tambahan yang mereka perlukan untuk benar-benar berjaya. Anda mungkin tidak akan tahu betapa besar impak kelas tambahan yang interaktif dan futuristik boleh berikan kepada pencapaian akademik anak anda. Namun, jika Ibu Ayah rasa ini bukan untuk anak-anak anda, abaikan jerr.

Tak Nak Join

Ibu Ayah boleh memilih untuk tidak menyertai Fast Track Academy. Tetapi ingat, kemungkinan besar anak anda mungkin akan terus bergelut dengan pelajaran mereka, masih lagi susah nak faham apa yang dipelajari, kehilangan peluang untuk merasai pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan, serta ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Jadi, jika anda rasa ini bukan untuk anak anda, tak nak join pun tak apa.

Beri Mereka Peluang Join Fast Track Academy

Atau, Ibu Ayah boleh memilih untuk menyertai Fast Track Academy dan berikan anak anda peluang terbaik untuk berjaya. Dengan kelas yang interaktif, guru-guru berpengalaman, jadual kelas yang tetap, dan pendekatan pembelajaran yang sesuai untuk setiap jenis pelajar, anak anda pasti akan merasai perbezaan yang besar dalam pencapaian akademik mereka.

Tahniah & Terima Kasih Ibu Ayah Kerana Percaya Dan Beri Ruang Serta Peluang Untuk Anak-anak Ibu Ayah Mencipta Kejayaan!

Insya-Allah tak rugi. Rekod pencapaian pelajar sebelum ni telah kami tunjukkan hasilnya. Siapa tahu mungkin selepas ini giliran anak-anak Ibu Ayah pula.

Jom join Fast Track Academy Sekarang !!

kami kongsikan lagi feedback Ibu & Ayah Pelajar yang Dah join sebelum ini

"Anak tak penah ponteng kelas sejak dari awal. Ada sesuatu yang engage dia untuk belajar dan ingin tahu lebih lagi"

- Prof. Ashardi Abas, Bapa Pelajar FTA-

"Alya ni lemah dalam matematik tapi sekarang dah pandai mengira menggunakan teknik yang diajar cikgu di Fast Track Academy"

- Puan Zainab, Ibu Pelajar FTA-

Klik Untuk Besarkan Imej/Gambar

Soalan-soalan Lazim (FAQ)

🔖 Yuran Pendaftaran

  • UNTUK PENDAFTARAN melalui PAGE ini sahaja akan MENDAPAT PROMOSI DISKAUN 100% YURAN PENDAFTARAN.
  • Yuran Pendaftaran dikenakan sekali sahaja selama pelajar AKTIF bersama FTA & sekiranya pelajar ingin menambah kelas pakej lain (One to One @ Xskill @ di Center), tiada yuran pendaftaran dikenakan.  Sekiranya tuan/puan ingin mendaftar anak yang lain, mereka akan dapat 50% Off Yuran Pendaftaran.

🔖 Yuran Tahunan

  • Yuran Tahunan dikenakan setiap kali sesi akademik baru bermula. Yuran Tahunan ini merangkumi yuran Portal & Seminar Akademik pada sesi akademik tersebut.

Tenaga pengajar di Fast Track Academy terdiri daripada Cikgu Full Time & Part Time yang mempunyai pengalaman mengajar. Kesemua cikgu kami berkelulusan sekurangnya ijazah sarjana muda dan mahir dalam bidang masing-masing. Cikgu kami sangat specialize dalam bidang sendiri, oleh itu setiap cikgu kami akan mengajar subjek yang mengikut kepakaran masing-masing.

  • Kesemua cikgu ini menerima training untuk menjalankan kelas online dan pengajaran mereka di dalam kelas sentiasa dipantau oleh Team Kualiti di FTA. 
  • Cikgu-cikgu di FTA sentiasa up to date dengan teknik pengajaran terkini yang berkesan bersama Team R&D kami.
  • Cikgu Full Time FTA merupakan Cikgu yang mengajar sepenuh masa kelas kelas di FTA. Kelas Kelas Online Grouping FTA hampir 99% diajar oleh Cikgu Full Time kami
  • Cikgu Part time FTA terdiri daripada kalangan cikgu sekolah, cikgu ganti yang mana tahu berkenaan silibus di sekolah. 

Untuk Kelas Online Grouping, buat masa sekarang TIADA kelas Trial disediakan. 

 

Pakej Gold/Advance & Silver/Standard

  • Kelebihan portal kami, rakaman & nota disediakan bermula dari awal sesi.
  • Jadi tiada isu untuk pelajar yang terlepas kelas kerana pelajar boleh dapatkan semua bahan pembelajaran (rakaman & nota) melalui portal kelas & boleh akses portal pada bila-bila masa selagi masih AKTIF bersama Kelas Online Grouping.
  • Secara tidak langsung, memudahkan pelajar untuk membuat REVISION di luar waktu kelas.

Pakej Bronze 

  • Tiada rakaman kelas disediakan.

  • Pakej yang sesuai adalah PAKEJ SILVER - untuk Sekolah Rendah & PAKEJ STANDARD untuk Sekolah Menengah SAHAJA. Minimum 2 SUBJEK (Tingkatan 1-3) &  3 SUBJEK (Tingkatan 4 - 5)

  • Untuk Pakej GOLD/ADVANCE & BRONZE hanya FULL PAKEJ SUBJEK sahaja ditawarkan

Ya boleh, cuma akan ada perubahan JADUAL kelas, perubahan YURAN bulanan & KELEBIHAN yang anak tuan/puan akan dapat jika dia upgrade @ downgrade pakej kelas.

Tuan/Puan perlu maklumkan kepada admin kelas nanti.

Jadual Kelas Online Grouping telah DITETAPKAN oleh Pengurusan Fast Track Academy mengikut setiap pakej yang telah disediakan sahaja

  • Kelas Online Grouping FTA adalah kelas Berkumpulan Besar, Namun setiap kelas mempunyai HAD BILANGAN pelajar yang telah ditetapkan. Bilangan kelas setiap kelas adalah mengikut peringkat umur. Setiap kelas kami bermula dari 30 pelajar.
  • Cikgu-cikgu Fast Track sangat well trained dan berpengalaman menjalankan kelas online grouping dengan bilangan pelajar yang ramai. Dengan kelas berkumpulan yang ramai ni juga dapat membantu pelajar belajar melalui persoalan daripada rakan sekelas. Pemikiran pelajar akan lebih terbuka kepada soalan-soalan lain dan dapat lebih memahami sesuatu topik yang dipelajari.

Yuran Bulanan kelas perlu dijelaskan sebelum kelas bulan tersebut bermula.

  • Untuk pelajar asrama kami hanya ada tawarkan kelas Personal Online One to one semasa CUTI SEKOLAH SAHAJA. Pakej kelas yang sesuai ialah pakej kelas personal one to one online kami.
  • Kerana untuk kelas ini, kita akan susunkan jadual kelas mengikut waktu yang anak puan available & boleh fokus pada topik-topik yang anak puan perlukan pengukuhan.
  • Untuk kelas Online Grouping kurang sesuai untuk pelajar asrama kerana jadual kami dah fix. Pelajar perlu mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan

Untuk kelas Online grouping sesi pembelajaran akan bermula mengikut kalender Akademik Sekolah, Jika anak tuan/puan masuk pada awal sesi tahun sesi pembelajaran bermula, cikgu memang akan mula mengajar dari awal silibus.

Jika tuan/puan daftar selepas beberapa bulan sesi pembelajaran bermula, Anak tuan/puan akan mengikuti silibus semasa yang sedang diajar.

  • Untuk pelajar yang mengambil pakej Gold/Advance,ada disediakan Kelas Khas Ulangkaji untuk persediaan menghadapi peperiksaan iaitu Kelas Intensif.
  • Selain itu, Fast Track Academy juga ada menyediakan Seminar Akademik semasa Cuti Sekolah untuk ulangkaji silibus @ bab bersesuaian untuk student bagi persediaan peperiksaan.

 

Selain Kelas Online Grouping, kami juga ada tawarkan kelas-kelas seperti:

  • Kelas Personal Online One To One
  • Kelas Xskill - Online Small Group untuk Membaca, English Communication & Mengaji
  • Kelas Berkumpulan Fizikal - Di Center Fast Track Academy

Strive For Excellence.

Fast Track Sdn. Bhd. (1334718-H)
81B-1-16, Universiti Height Shoplot, Sungai Dua 11700 Pulau Pinang, Malaysia.​
No. Tel: 010 - 5155725 | Email: admin@fasttrackacademy.edu.my

Penafian: Fast Track Academy komited untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang terbaik bagi pelajar kami. Walau bagaimanapun, keputusan akademik individu mungkin berbeza. Prestasi pelajar bergantung pada usaha, kehadiran kelas, dan pelbagai faktor lain yang berada di luar kawalan kami. Oleh itu, kami tidak dapat menjamin pencapaian atau keputusan akademik tertentu.

Semua maklumat di laman web ini adalah untuk tujuan pendidikan dan mungkin dikemaskini tanpa notis. Kami menghargai privasi anda dan semua data peribadi dikendalikan mengikut Dasar Privasi kami. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman web pihak ketiga yang dipautkan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan.


Note: This site is NOT a part of the Facebook Website or Facebook Inc. Additionally, this site is NOT ENDORSED by Facebook in any way. Facebook is a trademark of Facebook Inc.

0
    0
    Pilihan Pakej Kelas
    Tiada Sebarang TempahanSila Pilih Pakej Kelas